MBMB SEDIA TONG SAMPAH PINTAR BERKUASA SOLAR DI 7 LOKASI TUMPUAN

Banda Hilir – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menyediakan sebanyak tujuh unit tong sampah pintar berkuasa solar atau ‘Solar-Powered Smart Bin’ di sekitar Bandaraya Melaka.

Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman berkata, tong sampah itu merupakan hasil inovasi anggotanya yang diperkenalkan sebagai penyelesaian pintar bagi memastikan kebersihan kawasan bandar dan lokasi tumpuan pelancong sentiasa terjaga.

Jelas beliau, inovasi itu juga merupakan langkah proaktif dalam menangani isu sampah bersepah dan berselerak yang sering menjadi aduan orang ramai.

“Tujuan utama ‘Smart Bin’ ini adalah untuk memastikan kawasan sekitar, khususnya di bandaraya yang juga kawasan pelancongan berada dalam keadaan betul-betul bersih.

“Sebelum ini, penggunaan tong sampah secara konvensional sering menerima aduan berkaitan sampah berselerak dan sebagainya.

“Jadi dengan adanya ‘Smart Bin’, isu ini dapat diselesaikan dan seterusnya memastikan Bandar Melaka kekal bersih dan ceria,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyempurnaan Penggunaan Solar-Powered Smart Bin Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di Perkarangan Stadthuys, Banda Hilir, di sini, pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Wira Dr. M Noor Azman Taib.

Menurut Shadan, pada majlis itu pihaknya telah memperkenalkan kaedah penggunaan tong pintar berkenaan kepada KPKT selain menunjukkan lokasi penempatannya di sekitar kawasan pelancongan itu.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …