EMPAT USAHA MELAKA PERKUKUH PENGELUARAN MAKANAN SENDIRI

Seri Negeri – Kerajaan Negeri terus mempergiat usaha memperkukuh pengeluaran makanan sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada import.

Untuk itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sebanyak empat langkah penting dalam memastikan sumber bekalan makanan dalam negeri dimanfaatkan sepenuhnya.

Jelas beliau, perkara pertama adalah peruntukan RM6.42 juta di bawah Program Agro Makanan Negara untuk 10 projek makanan, ternakan dan perikanan.

“Selain itu, RM2.08 juta diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) untuk meningkatkan pengeluaran tempatan, selain RM1.2 juta diperuntukkan untuk sektor perikanan.

“Perkara terakhir adalah menigkatkan pengeluaran Beras Melaka, di mana untuk tempoh Januari hingga Mac 2026, FAMA Melaka telah mengedarkan 44 metrik tan Beras Melaka, dengan nilai jualan RM114.4 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Jelas Ketua Menteri, langkah itu penting kerana Kerajaan Negeri mahu memastikan bekalan makanan untuk rakyat mesti cukup dan stabil.

“Buat masa ini, bekalan makanan di Melaka masih mencukupi, stabil dan terkawal. Kita tidak akan biarkan rakyat panik atau terkesan secara langsung dan sumber bekalan ini akan diurus dengan lebih terancang,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …