TUN DR. MOHD ALI UCAP TAHNIAH PENCAPAIAN 3 TAHUN KERAJAAN NEGERI

Seri Negeri – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merakamkan ucapan tahniah di atas pencapaian tiga tahun Kerajaan Negeri.

Katanya, kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang berjaya melaksanakan lebih 200 inisiatif sepanjang tiga tahun pentadbiran wajar dipuji.

“Pencapaian ini merupakan manifestasi kepada usaha gigih perancangan strategik dan tersusun serta komitmen berterusan Ketua Menteri bersama jentera pentadbiran negeri.

“Ini termasuklah dalam mentransformasikan Melaka sebagai sebuah negeri berdaya saing dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tun Dr. Mohd Ali turut mendoakan agar Ketua Menteri dan seluruh kepimpinan negeri dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan dan kebijaksanaan berterusan.

“Ini bagi meneruskan agenda negeri dan membawa Melaka mencapai kejayaan lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …