Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penyamaran sebagai pegawai Jabatan Imigresen Malaysia.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan rasmi melalui aplikasi WhatsApp, Telegram atau panggilan telefon untuk membuat bayaran kepada mana-mana individu.
Sebarang urusan rasmi dan pembayaran hendaklah dibuat hanya di kaunter pejabat Jabatan Imigresen Malaysia atau melalui saluran rasmi dalam talian Jabatan Imigresen Malaysia sahaja. Orang ramai dinasihatkan agar tidak memberikan maklumat peribadi serta membuat sebarang bayaran kepada individu yang tidak dikenali.
Sumber: Laman FB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu



