ASAL USUL DAN MAKNA JATA KEBESARAN NEGERI TERENGGANU

Jata Kebesaran Negeri Terengganu telah dihasilkan pada zaman pemerintahan Siltan Zainal Abidin III oleh Encik Mohamad bin Abdul Rahim, saudara kepada Dato’ Nara Wangsa (Dato’ Mata-Mata) dan telah disahkan pada tahun 1932 dalam Majlis Mesyuarat Jumaah Negeri.

Terdapat 6 simbol yang terdapat di dalam jata tersebut dan membawa maksud tersendiri ;

  • Bulan & Bintang

Menunjukkan Terengganu sebagai Negeri Islam. Islam menjadi landasan utama pentadbiran dan budaya.

  • Mahkota

Melambangkan Pemerintahan Diraja. Mengukuhkan kedudukan Sultan sebagai pemimpin negeri yang berdaulat.

  • Buku Undang-Undang (Kiri)

Melambangkan keadilan. Menjadi asas utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan negeri.

  • Al-Quran (Kanan)

Melambangkan Islam sebagai agama rasmi. Menunjukkan ketinggian agama dalam setiap aspek kehidupan

  • Pedang, Keris Panjang & Cokmar

Merupakan alat kebesaran negeri. Simbol kekuatan, kekuasaan, dan tradisi yang diwarisi turun temurun.

  • Wali/ Selampai

Melambangkan alat istiadat kebesaran. Mencerminkan kehalusan warisan budaya dan tradisi istiadat Terengganu.

 

Sumber: Facebook Jabatan Penerangan Negeri Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …