INISIATIF BANDAR MESRA USIA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terus memperkukuh komitmennya dalam menjayakan inisiatif Bandar Mesra Usia Seberang Perai menerusi penganjuran Sesi Libat Urus Bersama Pemegang Taruh. Datuk Bandar Seberang Perai, YBhg. Dato’ Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, menyatakan bahawa pembangunan bandar mesra usia bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu tanggungjawab bersama sejajar dengan peningkatan populasi warga emas yang semakin ketara.

Konsep Age-Friendly City yang diperkenalkan oleh World Health Organization (WHO) merupakan satu visi besar ke arah membina ekosistem bandar yang inklusif, selamat dan responsif terhadap keperluan semua lapisan umur, khususnya warga emas.
                                                                                                                                                                                 Seberang Perai telah melakar satu pencapaian penting apabila MBSP diiktiraf sebagai ahli WHO Global Network for Age-Friendly Cities and Communities (GNAFCC) pada 1 Disember 2025. Pengiktirafan ini dilihat sebagai satu amanah besar untuk terus merangka dasar dan program yang benar-benar memberi impak kepada masyarakat.
                                                                                                                                                                                    Sumber ; Majlis Bandaraya Seberang Perai https://www.facebook.com/mbsp.pg

Artikel/Berita Terkini

MURID TAHUN 2 MAUT, NENEK PARAH TERBABIT KEMALANGAN DALAM PERJALANAN KE SEKOLAH

Setiu: Seorang murid perempuan Tahun Dua maut manakala neneknya cedera parah selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan di hadapan Sekolah Kebangsaan …

BEKALAN DARAH NEGARA: MENGAPA KITA SENTIASA MEMERLUKAN PENDERMA?

Darah merupakan satu keperluan penting dalam sistem kesihatan sesebuah negara. Setiap hari, terdapat pesakit yang memerlukan darah akibat kemalangan, pembedahan, …

MANFAAT PELUH KEPADA KESIHATAN

Peluh merupakan cecair yang dihasilkan oleh kelenjar peluh pada kulit manusia. Pengeluaran peluh biasanya berlaku apabila seseorang melakukan aktiviti fizikal, …