OPS TIRIS BERSEPADU 4.0: KPDN REKOD RAMPASAN RM11 JUTA

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merekodkan rampasan bernilai RM11 juta menerusi Ops Tiris Bersepadu 4.0 bagi tempoh 16 Mac hingga 12 April. Operasi itu melibatkan 13,759 pemeriksaan di seluruh negara, menghasilkan 239 kes dan 68 tangkapan melibatkan pelbagai komoditi seperti diesel, petrol dan barangan kawalan lain.

Antara rampasan utama ialah 865,205 liter diesel, 26,408 liter petrol dan 26,408 kilogram gas petroleum cecair (LPG), selain komoditi lain seperti minyak masak, gula dan tepung. Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan KPDN di darat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di laut serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sempadan, termasuk penggunaan sistem berasaskan data bagi mengesan transaksi mencurigakan secara masa nyata.

Mengulas isu kekurangan diesel di beberapa negeri yang tular, Timbalan Menteri Datuk Dr Fuziah Salleh menjelaskan ia hanya kes terpencil melibatkan bekalan daripada syarikat asing dan tidak menjejaskan stesen minyak Petronas yang menggunakan bekalan domestik.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 368,911 kenderaan telah diluluskan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi bagi tempoh 10 Jun 2024 hingga 30 Mac lalu. Di bawah sistem itu, kerajaan mengekalkan kadar subsidi RM1.88 seliter bagi pengangkutan awam dan RM2.15 seliter bagi pengangkutan barangan bagi memastikan rantaian bekalan dan kestabilan harga terus terpelihara.

 

Sumber: Bernama.com

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …