RAGGING BUKAN SATU TRADISI, IA KESALAHAN

Perbuatan pukul, dera atau ragging adalah kesalahan serius di bawah Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu Tidak Patuh Kepada Perintah Tetap. Perintah Tetap Pasukan jelas melarang sebarang bentuk penyeksaan atau kekerasan terhadap orang lain. Sebagai ketumbukan pertahanan negara, ATM menegaskan bahawa disiplin tidak pernah dibina melalui penderaan atau kekerasan fizikal. Latihan, teguran dan hukuman rasmi adalah cara yang sah dan terkawal untuk membina ketahanan, kepimpinan dan profesionalisme anggota. Ragging hanya akan merosakkan maruah individu, menjejaskan moral pasukan dan memberi kesan trauma jangka panjang kepada mangsa. Perbuatan ragging ini tidak mencerminkan prinsip atau budaya sebenar dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa berpegang kepada nilai disiplin, kepimpinan dan semangat setiakawan.

 

Sumber: Facebook Angkatan Tentera Malaysia

https://www.facebook.com/photo/?fbid=1371731024995637&set=a.228070592695025

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …