TREND RUMAH SEWA ‘MIX GENDER’ LANGGAR BATAS SYARIAT ISLAM

Trend rumah sewa bercampur jantina dalam kalangan golongan muda khususnya pelajar dan pekerja bandar bertentangan prinsip syariah serta berisiko mengundang fitnah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil menegaskan, alasan seperti lokasi berhampiran tempat kerja dan kos sewa yang tinggi tidak seharusnya mengatasi nilai malu serta batas pergaulan dalam Islam. Realiti penghijrahan anak muda ke bandar bagi tujuan pendidikan dan kerjaya berdepan kekangan tempat tinggal, namun keterpaksaan itu tidak wajar dijadikan alasan untuk berkongsi kediaman antara lelaki dan perempuan bukan mahram.

Sikap memandang mudah pergaulan bebas perlu dibendung kerana bertentangan prinsip Islam, malah ia menjurus kepada fitnah dan mengundang perbuatan zina. Setiap urusan muamalat termasuk penyewaan rumah perlu mematuhi garis panduan syariah yang bertujuan menjaga maslahat dan mencegah kemudaratan. Malah etika penyewaan bukan sekadar melibatkan akad dan bayaran sewa, tetapi merangkumi tanggungjawab moral serta pemeliharaan batas pergaulan antara penyewa.

Terdapat beberapa panduan kepada tuan rumah dan penyewa bagi memastikan urusan penyewaan lebih beretika dan selari dengan tuntutan agama. Antaranya adalah:

  1. Tuan rumah perlu menetapkan syarat jelas bahawa penyewa lelaki dan perempuan bukan mahram tidak dibenarkan tinggal serumah, memantau keadaan kediaman secara berkala serta memastikan iklan sewaan menyatakan ketetapan jantina bagi setiap bilik.
  2. Penyewa pula bertanggungjawab mematuhi peraturan ditetapkan termasuk menjaga akhlak dan batas pergaulan sepanjang tempoh, tidak membawa masuk rakan berlainan jantina secara bebas atau membenarkan individu bukan mahram bermalam di rumah sewaan
  3. Penyewa juga perlu menjaga akhlak, aurat serta menghormati norma agama dan budaya, di samping memastikan keselamatan dan keharmonian kediaman sentiasa terjaga.
  4. Kedua-dua pihak menyediakan perjanjian bertulis yang merangkumi syarat berkaitan pergaulan, penggunaan ruang dan disiplin penghuni, selain memastikan ia tidak bercanggah dengan hukum syarak serta undang-undang semasa.

Etika penyewaan ini merupakan manifestasi kepada maqasid syariah, khususnya dalam memelihara agama dan keturunan demi kemaslahatan ummah daripada terjerumus dalam kemaksiatan.

 

https://www.sinarharian.com.my/article/774863/edisi/selangor-kl/trend-rumah-sewa-mix-gender-langgar-batas-syariat-islam—mufti-wilayah-persekutuan

Artikel/Berita Terkini

TAMAN EKO RIMBA ULU BENDUL DITUTUP SEMENTARA SUSULAN KES DISYAKI KENCING TIKUS

Taman Eko Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah di sini ditutup sementara hingga 24 Mei ini bagi semua jenis aktiviti untuk …

HOTLINE TELE-HELLO AADK | 24 JAM BEROPERASI, 7 HARI SEMINGGU

Ada masalah berkaitan dadah? Jangan tunggu lagi. AADK sedia membantu anda! Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyediakan pelbagai saluran aduan dan …

BUDAYA KESELAMATAN DI SEKOLAH PERLU DIPERKASA

Budaya keselamatan serta amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) di sekolah seluruh negara perlu diperkukuh bagi memastikan institusi pendidikan terus …