TOKONG DI JASIN TERTERA KALIMAH ALLAH, SIASATAN SEDANG DIJALANKAN

Serkam – Sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu–Pantai Siring dikesan tertera kalimah ‘Allah’ dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dalam tulisan Jawi, malam tadi.

Penemuan itu menggemparkan penduduk sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, pemeriksaan awal mendapati tokong tersebut dipercayai telah wujud sejak dua hingga tiga tahun lalu, namun tulisan berkenaan hanya dikesan malam tadi oleh sekumpulan pemancing.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkaitan termasuk polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi mengenal pasti punca serta pihak yang bertanggungjawab.
– Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …