YB ALONG KONGSI BERITA GEMBIRA, 18 KEDIAMAN ORANG ASLI DIBERI WAJAH BAHARU

Asahan – Kediaman sudah uzur menjadi tempat berteduh 18 keluarga di empat penempatan masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal dibaik pulih dan diberikan wajah baharu tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, perkara itu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi mendapatkan bantuan bersesuaian, sekali gus menyediakan kediaman lebih selesa kepada mereka berkenaan.

“Ini antara usaha saya lakukan bagi memastikan keluarga ini dapat menghuni kediaman yang lebih selesa dan alhamdulillah kelulusan peruntukan telah diumumkan oleh Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh selaku Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri.

“Sebanyak 18 kediaman terpilih itu meliputi empat kampung Orang Asli di DUN Asahan iaitu Gapam Baru, Bukit Seraya, Air Sialang dan Solok Terentang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Karnival Sukan Orang Kita (Masyarakat Orang Asli) yang dianjurkan bersempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Asahan di Padang Awam Kampung Masjid Baru, pada Isnin.

Terdahulu, karnival tersebut telah disempurnakan Dr. Muhamad Akmal dan hadir sama Pegawai Daerah Jasin, Datuk Rahizi Ranom dan Pengarah JAKOA Negeri Sembilan/Melaka, Shahrani Idderis.

Menurut Fairul Nizam, selain peruntukan baik pulih rumah berjumlah RM59,000 sejumlah RM 20,000 turut diluluskan untuk turapan jalan di Kampung Orang Asli Bukit Seraya.

“Turapan ini membabitkan jalan ke tanah perkuburan Orang Asli, pada tahun lepas kita sudah selesai turapan di tanah perkuburan Gapam Baru dan tahun ini di Bukit Seraya pula,” katanya.

  • Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …