PROGRAM MYLESEN JPJ NEGERI MELAKA PERINGKAT UJIAN BERTULIS DAN KELAS KPP

Melaka – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka telah melaksanakan Program MyLesen JPJ Negeri Melaka yang melibatkan sesi Kelas Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) serta ujian bertulis pada 4 April 2026 dan 5 April 2026.
Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu golongan sasaran, khususnya mereka yang kurang berkemampuan, untuk mendapatkan lesen memandu secara sah, seterusnya meningkatkan tahap keselamatan jalan raya serta pematuhan undang-undang.
Sepanjang dua hari pelaksanaan program ini, para peserta telah mengikuti kelas KPP yang merangkumi pendedahan kepada aspek teori pemanduan, undang-undang jalan raya, serta amalan pemanduan berhemah. Seterusnya, peserta turut menduduki ujian bertulis sebagai syarat utama dalam proses mendapatkan lesen memandu.
JPJ Negeri Melaka berharap agar melalui program ini, para peserta bukan sahaja berjaya memperoleh lesen memandu, malah menjadi pemandu yang berdisiplin, bertanggungjawab serta sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya.
JPJ Negeri Melaka komited untuk terus melaksanakan program seumpama ini dari semasa ke semasa sebagai usaha memperkasa masyarakat dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
“Memacu Transformasi Perkhidmatan ke Arah Pendigitalan dan Keselamatan Jalan Raya”
– Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …