KERJASAMA SABAH, NINGXIA MAMPU DIREALISASIKAN

KENANGAN: Oh (dua kiri) bersama tetamu kehormat semasa di persidangan berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerjasama antara Sabah dan Ningxia bukan sahaja mampu mewujudkan peluang ekonomi, malah berperanan sebagai rangkaian penting untuk perkongsian ilmu bersama.

Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China Sabah, Dr. Oh Ei Sun berkata, apabila kepelbagaian dihormati dan dikongsi, ia menjadi kekuatan besar yang menghubungkan masyarakat.

Beliau berkata demikian pada sidang Dialog Perniagaan The 6th Belt and Road China-Malaysia baru-baru ini di Pusat Persidangan Ningxia Yuehai.

Katanya, walaupun Sabah dan Ningxia berbeza dari segi persekitaran geografi dan iklim, namun kedua-dua wilayah memiliki warisan budaya yang kaya dan pelbagai, sekali gus menyediakan potensi besar untuk kerjasama dalam pelancongan budaya.

Menurutnya, perubahan trend pelancongan dari segi pelancongan kebudayaan semakin menjadi tarikan penting kepada pelawat.

“Berbanding pelancongan yang hanya bergantung kepada landskap semula jadi, pengalaman yang menggabungkan kehidupan komuniti, budaya tradisional dan keaslian lebih menarik perhatian.

“Pengalaman Sabah dalam bidang ini boleh saling melengkapi dengan warisan sejarah dan budaya Ningxia yang mendalam,” katanya

Dalam pada itu, Oh mencadangkan beberapa inisiatif termasuk pembangunan laluan pelancongan bersama merentas wilayah, peningkatan pertukaran dalam pelancongan lestari berasaskan komuniti, penggalakan pertukaran budaya dan seni, serta pengukuhan hubungan rakyat melalui festival makanan dan program pertukaran chef.

Beliau menekankan bahawa pertukaran budaya tidak seharusnya terhad kepada saluran rasmi sahaja, tetapi perlu melibatkan golongan belia, sektor pendidikan dan industri kreatif bagi mewujudkan hubungan yang lebih pelbagai dimensi.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …