DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Sesi libat urus Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut diteruskan bersama Puan Nor Hanita Mohd Napiah, Pengetua dan Encik Ahmad Zul Fahmi, guru penyelaras Kelab Malaysiaku SMK Abdullah Munshi, bagi membincangkan perancangan pelaksanaan program, termasuk aspek penglibatan murid dan guru serta penyelarasan logistik bagi memastikan kelancaran penganjuran.
Kerjasama ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada pembangunan sahsiah serta menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan murid SMK Abdullah Munshi.
Sumber : Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut https://www.facebook.com/JaPenDTL



