OPS HARI RAYA AIDILFITRI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 

Sepasukan Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang dengan kekuatan anggota seramai 25 orang termasuk pegawai telah melaksanakan satu operasi iaitu OPS PENGARAH BIL.6/2026 Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026. Operasi yang dijalankan bermula jam 8:30 malam sehingga jam 12:00 tengah malam itu di Lorong Motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang yang menjadi laluan utama motosikal untuk ke Georgetown.

Operasi ini akan diteruskan sepanjang OPS Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2026 di kawasan-kawasan tumpuan ( HOTSPOT) serta laluan lebuhraya untuk memastikan semua pengguna jalanraya mematuhi undang-undang dan memastikan keselamatan jalanraya terus dititikberatkan demi kita bersama.

Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan terus kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform E-Aduan di Aplikasi MyJPJ beserta butiran pemandu dan butiran aduan.

 

Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …