DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

Advokasi Keselamatan Jalan Raya sempena OPS Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 dilaksanakan di Terminal Bas Penang Sentral yang diketuai oleh Tuan Zulkifly Bin Ismail, Pengarah JPJ Negeri Pulau Pinang. Program ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh kesedaran dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pengguna jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Zairil Khir Johari EXCO Insfrastruktur, Pengangkutan dan Digital yang berkesempatan menyantuni penumpang bas ekspres, beramah mesra serta menyampaikan mesej keselamatan jalan raya secara langsung Sidang media turut diadakan bagi memperluaskan penyampaian advokasi kepada orang ramai. Semoga inisiatif seperti ini terus menyemai kesedaran dan membudayakan pemanduan berhemah demi kesejahteraan bersama sekali gus menzahirkan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



