TIPS MENDERMA DARAH

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030

TIPS MENDERMA DARAH BAGI YANG BERPUASA
                                                                                                                                                                                        Bulan Ramadan bukan penghalang untuk kita terus membantu menyelamatkan nyawa. Dengan persediaan yang betul, anda masih boleh menderma darah dengan selamat walaupun sedang berpuasa.
1️⃣ Sihat Tubuh Badan
Pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan tidak demam, pening atau keletihan sebelum menderma darah.
2️⃣ Tidur lebih 5 jam
Tidur yang mencukupi membantu badan kekal bertenaga dan mengurangkan risiko pening atau pitam semasa menderma darah.
3️⃣ Ambil makanan berat semasa sahur
Makan sahur yang seimbang memberi tenaga kepada badan dan membantu mengekalkan paras gula dalam darah sepanjang hari.
4️⃣ Menderma darah sebelum jam 9.00 pagi
Waktu pagi lebih sesuai kerana badan masih segar selepas tidur dan sahur. Paras tenaga dan gula dalam darah biasanya masih stabil, sekali gus mengurangkan risiko dehidrasi, keletihan atau pening berbanding menderma pada waktu tengah hari atau petang.
                                                                                                                                                                                       Setiap titisan darah yang didermakan mampu membantu pesakit yang memerlukan seperti mangsa kemalangan, pesakit kanser, talasemia dan ibu bersalin.
🤲 Jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan berkongsi nikmat kesihatan kepada mereka yang memerlukan.
📍 Hospital Pulau Pinang beroperasi dari jam 7.30 pagi setiap hari bekerja.
Sumber _ Derma Darah Penang https://www.facebook.com/dermadarahpenang

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …