Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (PKP KKM) menyeru seluruh warga KKM dan rakyat Malysia untuk melakukan Pemeriksaan Mulut Kendiri (Mouth Self Examination – MSE) bagi mencegah dari Kanser Mulut (Mouth Cancer).
Siapa pernah kena sakit gigi masa? Nak tidur tak lena, nak kerja tak fokus, nak makan nanti mesti rasa ‘potong stim’ sebab tak boleh nak kunyah makanan kegemaran. Jangan biarkan sakit tu melarat! Ramai yang takut nak ke klinik, jangan seksa diri sendiri. Jumpa doktor gigi segera sebelum melarat!
Jangan tunggu sakit baru nak jumpa doktor. Kadang-kadang, perubahan kecil di dalam mulut adalah “signal” awal daripada badan kita.
𝟐 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐘𝐀𝐖𝐀!
Ambil masa 2 minit sahaja untuk melakukan MSE. Rujuk poster di bawah untuk mengetahui 6 langkah MSE dan tanda-tanda awal kanser mulut.
Dapatkan pemeriksaan lanjut di klinik pergigian sekiranya ada tanda-tanda yang meragukan. Cegah awal, nyawa terjaga.
#KanserMulut #KesihatanGigi #PemeriksaanKendiri #KKM



