PROGRAM COMMUNITY BASED SECURITY MANAGEMENT BERSAMA PUSAT PENGAJIAN IBNU RAZAK

Bersempena dengan bulan Ramadan tahun 2026, Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk melaksanakan program bersama pelajar tahfiz dari Pusat Pengajian Ibnu Razak, Serting Ulu pada 11 Mac 2026

Pemilihan pelajar tahfiz sebagai golongan sasaran untuk penganjuran program CBSM pada kali ini mengambil pertimbangan bahawa golongan pelajar tahfiz merupakan sasaran yang mudah didekati oleh golongan ekstremis agama. Di samping itu, pusat-pusat tahfiz dan pusat pengajian agama juga sering menjadi sasaran untuk penyebaran ajaran salah.

Antara objektif pelaksanaan ialah untuk memupuk pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar di pusat tahfiz dan pengajian agama berkaitan risiko ancaman keselamatan yang mereka hadapi khususnya ancaman daripada golongan ekstremis agama dan juga penyebaran ajaran salah. Di samping itu, program ini diadakan bagi memperkasa konteks keselamatan negara Malaysia yang merupakan aspirasi yang bersifat menyeluruh merentas setiap aspek kehidupan tanpa mengira latar belakang.

Program dilaksanakan dengan beberapa pengisian seperti taklimat keselamatan oleh Cawangan Khas, IPK Negeri Sembilan bertajuk “Ancaman Ekstremis di Kalangan Pelajar Tahfiz” dan taklimat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) bertajuk “Ancaman Ajaran Salah di Pusat Pengajian Islam”. Program seterusnya diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan keperluan asas dan sesi ramah mesra antara warga Pusat Pengajian Ibnu Razak bersama wakil agensi dan jabatan yang hadir dan diakhiri dengan jamuan berbuka puasa bagi meraikan warga Pusat Pengajian Ibu Razak.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …