PROGRAM JALINAN UKHWAH BERSAMA RAKAN STRATEGIK NEGERI MELAKA

Program Jalinan Ukhwah Bersama Rakan Strategik Negeri Melaka dan Komuniti telah berlangsung dengan jayanya semalam di NADI Taman Seri Telok Mas.
Program ini turut dihadiri oleh Tuan Norazle bin Sulaiman, Pengarah Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka, bersama para Pengarah Jabatan serta agensi-agensi rakan strategik Negeri Melaka dalam usaha memperkukuh hubungan kerjasama serta mengeratkan jalinan silaturrahim antara agensi dan komuniti setempat.
Turut diserikan dengan Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Encik Zaihan bin Johari, Pengarah Operasi Negeri, Jabatan Komunikasi Komuniti, yang menekankan kepentingan ukhuwah, kebersamaan dan penghayatan nilai-nilai murni sepanjang bulan Ramadan.
Semoga program seperti ini terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kerjasama strategik demi kesejahteraan negeri Melaka.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …