MELAKA TERUS MENYERLAH, JADI TUAN RUMAH ACARA-ACARA BESAR

Ayer Keroh – Melaka terus diberi kepercayaan menjadi tuan rumah pelbagai program dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, antara acara yang bakal diadakan adalah Sambutan Hari Air Sedunia pada 25 April depan.

Selain itu, menurut beliau, Melaka juga dipilih sebagai tuan rumah Sambutan Hari Auditor Nasional pada 29 dan 30 April, selain Sambutan Hari Landskap Negara pada 6 Jun 2026.

“Justeru, pada tahun ini, saya meminta semua penjawat awam, agensi serta anak-anak syarikat bersedia kerana Melaka terus diberi kepercayaan sebagai tuan rumah kepada pelbagai acara besar ini.

“Inilah peluang terbaik untuk kita menampilkan Melaka sebagai sebuah negeri yang semakin menyerlah di pentas global, sekali gus memastikan setiap perkembangan ekonomi yang terhasil memberi limpahan manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bagi Bulan Mac 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut mengingatkan semua jabatan, agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan setiap kawasan di bawah seliaan masing-masing sentiasa dipantau, diselenggara dan diberi perhatian serius supaya berada dalam keadaan bersih, terurus dan selamat.

Selain itu, beliau turut berpesan kepada semua ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan, agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mahupun barisan kepimpinan negeri agar sentiasa menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan kepada khalayak ramai sama ada melalui kenyataan media mahupun mesej melalui media sosial.

“Kesannya kepada kita, sekiranya fakta-fakta dalam kenyataan itu adalah salah, tidak tepat dan boleh mengelirukan rakyat ia sekali gus boleh menghakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang mentadbir pada hari ini,” tegas beliau.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …