DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Majlis Iftar Jamaie Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah berlangsung dengan jayanya pada 2 Mac 2026 (Isnin) bersamaan 12 Ramadan 1447H bertempat di Aziz Ibrahim Park. Program ini merupakan inisiatif Ahli Majlis Encik Muhamad Khairul Bin Mohd Ali Bin Mohd Ali dan Ahli Majlis Encik Mohamad Khairani Bin Abdul Shukor bertujuan menyantuni masyarakat sempena Ramadan melalui penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan.
Seramai 100 penerima yang terdiri daripada golongan sasaran bantuan kerajaan serta kakitangan Majlis telah dikenal pasti untuk menerima sumbangan bagi meringankan beban mereka. Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan MBPP dalam memperkukuh kebajikan masyarakat dan menyemarakkan semangat Ramadan selari dengan aspirasi pembangunan negeri.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang



