DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Orang ramai khususnya penderma darah bukan Muslim diseru untuk tampil menderma bagi 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐚𝐡, 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐉𝐚𝐲𝐚.
Sepanjang bulan Ramadan, keperluan darah tetap tinggi bagi pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan, pembedahan dan penyakit kronik.
Penderma Muslim yang berpuasa perlu hadir menderma darah sebelum jam 9.00 pagi dan mengambil makanan berat semasa sahur.
Disertakan maklumat pergerakan jadual mobile kempen derma darah pada minggu ini oleh Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kami ingin menjemput anda warga Pulau Pinang dan berhampiran untuk datang menderma darah bersama kami. 

Sumber : Derma Darah Penang https://www.facebook.com/dermadarahpenang



