DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang sekali lagi mencatat kejayaan apabila berjaya menumpaskan cubaan penyeludupan minuman keras tidak berkastam bernilai RM1.873 juta termasuk duti dan cukai.
Siasatan awal mendapati barangan tersebut dipercayai dibawa masuk tanpa pengikraran manifest yang sah dan disyaki untuk pasaran tempatan. Seorang individu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000 (yang mana lebih besar) dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau RM500,000 (yang mana lebih besar), atau penjara tidak kurang daripada 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang https://www.facebook.com/JKDMPP



