PEMBINAAN KOMPLEKS MADANI TELUK KUMBAR

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Projek pembinaan kompleks yang bernilai RM25 Juta ini telah mencapai kemajuan 28% siap iaitu 1.38% lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan. YBhg. Datuk Bandar berharap agar projek ini dapat disiapkan lebih awal iaitu pada Disember 2026 berbanding sasaran asal iaitu pada Januari 2027.

Kompleks Madani Teluk Kumbar ini meliputi kawasan seluas 74,000 kaki persegi, merangkumi:
• 48 buah Gerai Pasar Basah & Runcit
• 30 Gerai Makanan & Minuman
• 8 Kiosk
• Dewan Serbaguna berkapasiti 720 orang
• 5 gelanggang badminton
• Lebih 100 petak letak kereta dan ruang motosikal
Projek ini bukan sekadar pembinaan infrastruktur fizikal, malah mencerminkan komitmen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam memperkasa kemudahan awam, merancakkan ekonomi setempat dan mempertingkatkan kualiti hidup rakyat.
Sumber : Majlis Bandaraya Pulau Pinang https://www.facebook.com/majlisbandaraya.pulaupinang

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …