DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN)
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Pre-Bengkel Pelan Pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang Bil. 2 telah diadakan pada 25 Februari 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat PPSB (BOD Meeting Room), Penang Sentral, Butterworth oleh Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) dan telah dihadiri oleh Ketua Bahagian dan Unit Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), pegawai-pegawai SPPP serta wakil-wakil PPSB.
Sesi ini bertujuan membincangkan serta menyelaras perkara-perkara berkaitan perancangan dan hala tuju pembangunan Pelabuhan Pulau Pinang secara menyeluruh dan berstruktur. Perbincangan yang diadakan memberi penekanan kepada aspek strategik, perancangan jangka panjang serta keselarasan pelaksanaan pembangunan bagi memastikan pelabuhan terus berdaya saing dan mampan.
Sumber : Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang https://www.facebook.com/SuruhanjayaPelabuhanPulauPinang



