BANJIR SABAH: MANGSA MENINGKAT KEPADA 2,288 ORANG PAGI INI

Gambar hiasan/BERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 2,288 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 1,564 orang yang direkodkan malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan kesemua mangsa daripada 935 keluarga itu kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi.

Berdasarkan data terkini, daerah Beaufort merekodkan peningkatan mangsa tertinggi iaitu sebanyak 945 orang (291 keluarga) berbanding hanya 395 orang malam tadi. Kesemua mangsa di daerah itu kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon dan PPS Dewan DUN Banir.

Di Sipitang, jumlah mangsa turut meningkat kepada 421 orang (176 keluarga) berbanding 352 mangsa sebelum ini, manakala jumlah mangsa di Membakut bertambah kepada 315 orang (125 keluarga) berbanding 211 orang malam tadi.

Jumlah mangsa terjejas di daerah Pitas dan Sook tidak berubah sejak malam tadi.

Pitas kekal dengan 528 mangsa (318 keluarga) yang berlindung di PPS Dewan Terbuka Kanibongan dan Dewan Sinukab Kanibongan, manakala di Sook sebanyak 79 mangsa (25 keluarga) di PPS Dewan SLDB Dalit Gana.

Bagi Tenom yang menjadi daerah terbaru dilanda banjir sejak petang semalam, jumlah mangsa di PPS pagi ini masih belum direkodkan berikutan proses pendaftaran mangsa dan semakan pihak berwajib masih giat dijalankan.

Secara keseluruhan, jumlah kampung yang terjejas akibat bencana banjir di keenam-enam daerah terbabit kekal pada angka 140 buah kampung.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …