SOOK, SIPITANG DAN BEAUFORT DIISYTIHAR KAWASAN BENCANA BANJIR

BENCANA: Notis pengisytiharan banjir di Beaufort.

KOTA KINABALU: Sook, Sipitang dan Beaufort menjadi kawasan terbaharu diisytihar dilanda bencana banjir susulan hujan berterusan sejak Selasa.

Sook dan Sipitang masing-masing diisytihar dilanda banjir pada jam 4.30 pagi dan 6 pagi Rabu, selaras dengan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk terjejas.

Di Beaufort, pengisytiharan bencana banjir dibuat pada jam 8 pagi Rabu selepas laporan dan maklumat di lapangan diterima daripada agensi terlibat dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Pegawai Daerah Beaufort, Mohd Nazri Ajun yang juga Pengerusi JPBD Beaufort berkata, pengisytiharan dibuat bagi membolehkan semua mekanisme pengurusan bencana digerakkan secara menyeluruh dan terselaras.

Beliau memaklumkan semua agensi berkaitan diminta mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan serta melaksanakan tindakan selaras dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan bencana.

Pada Selasa, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat berterusan hampir sepanjang hari, khususnya membabitkan kawasan pedalaman Sabah.

Berdasarkan perkongsian di media sosial, beberapa kawasan di Keningau, Kemabong dan Tenom turut dilanda banjir, manakala Beaufort kini antara daerah yang mencatatkan peningkatan paras air ketara.

Sebelum ini, banjir menjejaskan tiga daerah di utara Sabah iaitu Kota Marudu, Pitas dan Paitan dengan seramai 1,695 mangsa masih berlindung di lima PPS di Pitas setakat awal pagi Rabu.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan rendah serta berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pemindahan sekiranya diarahkan bagi memastikan keselamatan terjamin.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …