KPDN TERENGGANU SERBU STOR HARAM LPG DI BUKIT TUNGGAL

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Terengganu berjaya menumpaskan satu aktiviti penyimpanan haram gas petroleum cecair (LPG) dalam satu serbuan di sebuah premis tanpa nama di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, kira-kira pukul 10.30 pagi pada 23 Februari.

Dalam operasi tersebut, pemilik premis yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan penjualan semula LPG tanpa memiliki lesen sah. Suspek dipercayai mendapatkan bekalan daripada pemborong sebelum menjualnya kepada penduduk sekitar.

Menurut Pengarah KPDN Negeri Terengganu, Mohd Mufsi Lat, hasil risikan awal mendapati premis berkenaan beroperasi secara terselindung dengan keadaan berpagar dan berkunci selain dilitupi jaring hitam bagi mengaburi pandangan pihak berkuasa.

Tindakan penguatkuasaan itu dijalankan hasil maklumat orang awam yang membantu pihak kementerian mengesan kegiatan berkenaan. Pemilik premis kemudiannya berjaya dihubungi sebelum membuka premis untuk membolehkan pemeriksaan lanjut dijalankan.

Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 48 tong gas LPG pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM4,847. Kesemua tong gas tersebut telah dirampas bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan pihak KPDN menegaskan akan terus mempergiat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan kawalan sampai kepada pengguna yang layak serta mengelakkan sebarang ketirisan subsidi.

Sumber: Berita RTM

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …