BADAN SIHAT, TAPI ASYIK MEMINTA

Badan sihat, tangan kaki cukup sifat.  Tapi bila ditanya kenapa tak kerja, macam-macam alasan diberi.  “Tak ada transport lah.” “Sakit pinggang sikit lah.” “Tak sesuai dengan jiwa lah.” Akhirnya, mereka kembali meminta bantuan, mendesak, malah marah bila tak dapat apa yang dimahukan.

Kenapa fenomena ini berlaku? Adakah mereka sekadar malas? Dari sudut psikologi, ini dikenali sebagai “LEARNED HELPLESSNESS” (Ketidakberdayaan yang dipelajari).

Ia berlaku apabila seseorang terlalu kerap dibantu tanpa syarat dalam tempoh yang Lama. Otak mereka mula ‘belajar’ bahawa:  “Buat apa aku susah payah usaha? Akhirnya nanti ada orang bagi duit juga.”

Lama-kelamaan, motivasi untuk berdikari MATI sepenuhnya.  Mereka hilang keupayaan untuk melihat peluang (Opportunity Blindness). Yang mereka nampak hanyalah “nasib malang” dan tangan orang lain untuk memberi suap.

Bahaya Untuk Pemberi Bantuan: Niat kita baik nak menolong. Tapi awas, kadang-kadang bantuan kita itu menjadi “Enabler” (Penyebab) yang merosakkan lagi jiwa mereka.  Kita bukan tolong mereka naik, kita tolong mereka kekal di bawah. Untuk Golongan Ini: Ubat paling mujarab bukan lagi Wang Ringgit. Tapi “Tough Love”. Bantuan mesti bersyarat. Kena ada usaha, baru ada upah. Jangan jadikan kemiskinan sebagai zon selesa.

#PublicHealthMalaysia #

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …