TERAPI KAKI AYAM: SEDUT TENAGA ‘BUMI” SECARA ALAMI

Bila sebut nak sihat je, dalam kepala mesti terbayang kena berpeluh lari 5 kilometer atau pergi gym angkat besi. Tapi hari ni kita nak kongsikan satu aktiviti ‘level malas’ tapi kesan kesihatannya bertaraf dunia. Namanya terapi kaki ayam,atau dalam sains dipanggil Grounding dan Earthing.

Caranya sangat mudah. Anda cuma perlu keluar rumah,cari Kawasan rumput yang masih ada embun pagi,buka kasut,dan jalan perlahan-lahan atas rumput itu selama 15 hingga 20 minit. Nampakmacam pelik,tapi apa yang berlaku pada badan anda masa itu sangat menakjubkan.

Sepanjang minggu kita sibuk menghadap lap top,pegang telefon memanjang, stress dengan kerja, dan pakai kasut bertapak getah yang menghalang kita dari bersentuh dengan alam. Ini menyebabkan badan kita terkumpul dengan cas positif dan radikal bebas yang buat bkita rasa lenguh, sakit sendi dan cepat letih. Bumi kita pula adalah magnet gergasi yang penuh dengan electron bebas (cas negative).

Bila tapak kaki anda yang tak berlapik itu menyentuh tanah atau rumput basah,ibarat anda sedang ‘cucuk plug’ pada bumi. Badan anda akan terus menyedut electron ini secara percuma. Kajian ini menunjukkan proses ini bertindak sebagai antioksidan semula jadi yang sangat kuat. Ia boleh meneutralkan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan sakit urat serta menurunkan paras hormone stress (kortiso) dalam badan anda serta merta.

Pergi cuba sekarang, Tarik nafas dalam-dalam dan rasakan perbezaan pada ketenangan minda pagi ini.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …