SUDAH BERSEDIA PULANG BERAYA? WASPADA MICROSLEEP

Microsleep adalah tertidur secara tidak sengaja dan tidak terkawal dalam tempoh yang amat singkat, biasanya antara 1 hingga 30 saat. Ia berlaku tanpa disedari, sering disebabkan oleh keletihan melampau atau kurang tidur, dan sangat berbahaya terutamanya ketika memandu kerana boleh menyebabkan kemalangan maut.

Kesan kekurangan tidur atau berhutang tidur menyebabkan penat dan boleh terlelap seketika pada masa itu terutama jika sedang melakukan aktiviti yang tidak memerlukan banyak pergerakan atau monotonous.

Situasi ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya sedang memandu atau mengendalikan kenderaan yang boleh menyebabkan kemalangan. Itulah sebabnya kita selalu mendengar golongan pekerja seperti doktor mengalami kemalangan

Rasa mengantuk yang dialami akibat micro sleep berbeza dengan rasa mengantuk akibat makan ubat seperti ubat batuk.

Kajian menunjukkan kelenjar thalamus di dalam otak yang berfungsi mengawal tidur tetapi bahagian deria lain seperti mata dan tangan tetap bergerak. Justeru, ketika memandu, individu mungkin kelihatan sedar tetapi sebenarnya tertidur.

“Micro sleep juga berkaitan masalah kesihatan lain seperti penyakit gangguan tidur (sleep apnea) seperti berdengkur yang menyebabkan penghidap tidak cukup tidur akibat kerap terjaga kerana nafas terhenti dan tidak boleh bernafas. Masalah insomnia menyebabkan penghidapnya selalu berhutang tidur kerana tidak dapat tidur malam dan berisiko mengalami micro sleep

Berikut adalah butiran lanjut mengenai microsleep:

  • Tanda-tanda:

Kepala tersengguk-sengguk, mata terasa berat/kuyu, tatapan kosong, dan terlupa kejadian beberapa saat terakhir.

  • Punca Utama:

Keletihan, kurang tidur, memandu jarak jauh, atau melakukan aktiviti yang sama berulang kali (monotonous).

  • Situasi Sering Berlaku:

Memandu kenderaan, mengendalikan mesin, atau menonton televisyen

Langkah Pencegahan:

Berhenti dan tidur sebentar (power nap) selama 15-30 minit, berbual dengan penumpang, atau minum kopi jika berasa mengantuk semasa memandu

Microsleep berbeza dengan micronap atau power nap yang merupakan tidur sengaja untuk memulihkan tenaga.

https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/06/570327/micro-sleep-membunuh-terlelap-seketika-ketika-memandu

https://www.facebook.com/myhealthkkm

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …