BATUK BIASA? JANGAN TUNGGU PARU-PARU BERLUBANG

Batuk lama bukan sebab “panas dalam”, paru-paru tengah dimakan.  Ramai lelaki ego tinggi bila bab kesihatan. Batuk dah berbulan,badan makin susut, tapi bila isteri tegur suruh pergi klinik, jawapan standard keluar: Batuk biasalah, panas dalam ni, minum air badak okay la esok.

Jangan tipu diri sendiri.

Batuk yang tak henti lebih 2 minggu tu bukan mainan cuaca. Itu tanda kuman tibi sedang aktif mengorek tisu paru-paru secara senyap. Korang mungkin rasa kuat sekarang, tapi bila dah mula batuk berdarah,masa tu paru-paru dah rosak teruk (cavity). Silap haribulan, satu keluarga dah terhidu kuman yang sama sebab degil tak nak buat saringan awal.

Saringan kahak di klinik kesihatan itu percuma je. Jangan sampai dah terbaring pakai tiub oksigen baru nak menyesal tak sudah.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …