LEBIH 10,000 ORANG MENGHADIRI RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA NEGERI

Musa (kiri) bersama Hajiji dan tetamu lain menggaul yee sang sebagai simbolik kemakmuran dan perpaduan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Selasa.

Majlis tersebut diserikan oleh Ketua Negeri Tun Musa Aman dan isteri beliau, Toh Puan Faridah Tussin, bersama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Tun Musa dan Hajiji yang ditemani oleh Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Jafry Arifin kemudian memimpin upacara memukul gendang untuk menandakan pembukaan rumah terbuka tersebut.

Tun Musa dan Hajiji serta tetamu jemputan lain turut melakukan acara tradisi Tahun Baharu Cina mengaul Yee Sang.

Tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada artis tempatan dan kumpulan tarian.

 

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …