MEMUPUK KESEDARAN KESELAMATAN MELALUI PROGRAM “BELIA MADANI BENTENG NEGARA” BERSAMA SISWA IPG KENT, TUARAN

 

TUARAN, 11 & 12 Februari – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah dengan kerjasama pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Tuaran telah menganjurkan Program Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) Siswa IPG Kampus Kent, Tuaran Bersama MKN Sabah: “Belia MADANI Benteng Negara” Siri 1.

 

Program selama dua (2) hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran siswa mengenai aspek keselamatan dalam menghadapi sebarang isu atau ancaman di peringkat komuniti. Antara pengisian program pada kali ini termasuklah riadah kampus, taklimat Dasar Keselamatan Negara (DKN), aktiviti LDK dan penghasilan video pendek bertemakan teras DKN serta taklimat dan pembukaan kaunter pendaftaran oleh MyDigital ID.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Malai Fazlan Aswad bin Malai Mustapha, Ketua Penolong Pengarah mewakili Pengarah Keselamatan Negeri Sabah dengan kehadiran YBrs. Tuan Haji Harun bin Sarail, Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent dan barisan pengurusan kampus. Hadiah kepada pemenang dan sijil penyertaan turut disampaikan kepada para peserta.

 

#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …