PERANGKAP DALAM SKRIN

Ini senarai aplikasi yang perlu anda pantau dalam telefon anak-anak bawah umur.

Pertama, OmeTV atau aplikasi Video Chat Rawak
Ini paling bahaya. Konsep dia mudah: Tekan satu butang, terus bersemuka dengan orang asing (stranger) secara video live. Anak anda mungkin terdedah kepada lelaki dewasa yang melakukan aksi tidak senonoh (flashing) atau pemangsa seksual.

Kedua, Roblox (Bahagian Chatting)
Ya, Roblox nampak macam game blok yang comel. Tapi ruangan ‘Chat’ dia adalah lubuk pemangsa (groomer). Mereka menyamar jadi kawan sebaya, minta nombor telefon, minta gambar bogel, atau ajak jumpa di luar.

Ketiga, Litmatch atau Aplikasi ‘Cari Kawan’
Aplikasi ini sangat popular di kalangan remaja sekolah untuk ‘mencari teman’. Ia menggunakan avatar kartun yang comel, tapi sebenarnya ia adalah aplikasi dating terselindung. Ramai pedofilia menyamar jadi remaja di sini untuk memancing mangsa.

Keempat, Telegram (Global Search & Bots)
Walaupun feature People Nearby dah tak ada, fungsi ‘Search’ masih bahaya. Anak-anak boleh taip keyword terlarang dan jumpa beribu group lucah atau video viral tanpa sekatan. Malah wujud ‘Bot’ yang boleh buat gambar bogel palsu (Deepfake) kawan sekolah mereka.

Kelima, Calculator Vault.
Kenapa anak kecil perlukan aplikasi kalkulator rahsia? Kalau jumpa apps ni, bermakna mereka sedang menyembunyikan sesuatu, sama ada gambar diri sendiri yang tidak elok atau akses kepada laman web terlarang.

Pantau skrin mereka. Dunia siber tiada batas sempadan, dan anak kita tak tahu beza kawan atau lawan.

Sumber: Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …