KADAR ZAKAT FITRAH 1447H/2026M NEGERI TERENGGANU BERMULA RM10.00

Kadar zakat fitrah Tahun 1447H/2026M bagi negeri Terengganu Darul Iman ditetapkan pada dua (2) kadar iaitu:

  1. ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ bagi setiap orang;
  2. ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ bagi setiap seorang bagi mana-mana orang yang memakan beras jenis Basmathi atau yang setara.

Pembayaran zakat fitrah adalah sama ada secara fizikal tunai atau melalui kaedah bayaran tanpa tunai (cashless) yang disediakan menerusi laman sesawang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau amil atau mana-mana kaedah yang telah dipersetujui.

Fitrah hendaklah dikeluarkan dan diserahkan kepada amil yang dilantik oleh Majlis dan hendaklah mendapatkan resit secara fizikal atau elektronik (akuan penerimaan) sebagai bukti pembayaran.

Bagi memudahkan urusan pembayaran fitrah dan zakat yang lain, Majlis telah melantik dan memberi tauliah kepada 906 orang amil bagi seluruh negeri Terengganu.

Orang ramai adalah diseru supaya mengeluarkan fitrah dan zakat kepada amil yang dilantik sahaja. Pembayaran kepada mereka yang tidak dilantik oleh Majlis adalah menjadi kesalahan menurut Seksyen 41 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dan mahkamah boleh menjatuhkan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 

Sumber: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.ย  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR ย KOTA KINABALU: Sindiket โ€˜bomoh Cinaโ€™ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …