Kenali 6 jenis bau nafas dan penyakit di sebaliknya:
- Bau Telur Tembelar (Sulfur)
Punca: Bakteria di Lidah & Gusi.
Ini paling biasa. Bakteria dalam mulut memecahkan sisa makanan dan membebaskan gas Sulfur. Selalunya sebab malas flos atau lidah tak digosok bersih.
- Bau Buah-buahan atau Manis (Fruity/Acetone)
Punca: Diabetes (Ketoacidosis).
Bahaya. Bila badan tak cukup insulin, ia bakar lemak jadi tenaga dan hasilkan ‘ketones’. Bau nafas akan jadi manis macam buah pear atau pengilat kuku (acetone). Pesakit kencing manis kena hati-hati.
- Bau Air Kencing atau Hanyir Ikan (Ammonia)
Punca: Kegagalan Buah Pinggang.
Bila buah pinggang gagal tapis darah, urea menimbun dalam badan dan keluar melalui nafas. Bau dia tajam dan haring.
- Bau Najis (Fecal Odor)
Punca: Usus Tersumbat (Bowel Obstruction).
Bukan gurauan. Bila usus tersumbat sebab sembelit kronik atau tumor, sisa buangan tak boleh keluar ke bawah, jadi gas dari najis akan naik semula ke atas dan keluar ikut mulut. Muntah pun boleh bau najis.
- Bau Masam (Acidic)
Punca: GERD & Asid Refluks.
Injap perut longgar menyebabkan asid perut naik ke kerongkong. Nafas akan berbau masam, perit, dan tekak rasa loya.
- Bau Keju Busuk atau Daging Reput
Punca: Tonsil Stones & Resdung.
Cuba tengok cermin, ada bintik putih tak kat tonsil? Itu sisa makanan yang dah membatu dan jadi sarang kuman. Bau dia memang ‘kaw’ macam bangkai atau keju lama. Resdung yang bernanah juga bagi kesan sama.
Sumber : Public Health Malaysia



