STATISTIK EKSPORT IMPORT MENGIKUT NEGERI, DISEMBER 2025 Siaran Terkini : 28 Januari 2026

Jumlah perdagangan bagi lapan negeri merekodkan peningkatan bernilai RM262.1 bilion pada bulan Disember 2025.

Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM286.6 bilion pada Disember 2025 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM153.0 bilion dan RM133.7 bilion.

Eksport bernilai RM153.0 bilion pada Disember 2025, meningkat sebanyak RM14.3 bilion (+10.4%) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan eksport dipengaruhi oleh eksport yang lebih tinggi di Johor (+RM9.4 bilion), Pulau Pinang (+RM8.6 bilion), Perak (+RM546.5 juta) dan Selangor (+RM90.8 juta). Walau bagaimanapun, nilai eksport menurun di Sarawak sebanyak RM1.1 bilion, Sabah (-RM921.8 juta), Terengganu (-RM757.2 juta), Melaka (-RM378.0 juta), Pahang (-RM185.9 juta), Kedah (-RM104.9 juta), Kelantan (-RM103.0 juta), W.P. Labuan (-RM89.9  juta), W.P. Kuala Lumpur (-RM68.6 juta), Negeri Sembilan (-RM41.6 juta) dan Perlis (-RM11.8 juta).

Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama dengan sumbangan 40.1 peratus, diikuti oleh Johor (22.5%), Selangor (14.7%), Sarawak (6.0%) dan W.P. Kuala Lumpur (3.3%).

Pada masa yang sama, import pada bulan Disember 2025 meningkat RM14.3 bilion (+12.0%) berbanding bulan yang sama pada tahun 2024. Peningkatan import disebabkan oleh import yang lebih tinggi di kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM5.8 bilion), Johor (+RM3.6 bilion), Kedah (+RM2.3 bilion), Selangor (+RM2.3 bilion), W.P. Kuala Lumpur (+RM1.3 bilion), Perak (+RM753.5 juta), Negeri Sembilan (+RM265.6 juta), Pahang (+RM207.0 juta), Terengganu (+RM58.1 juta) dan Sabah (+RM50.6 juta). Walau bagaimanapun, nilai import menurun di Melaka sebanyak RM1.3 bilion, Sarawak (-RM359.5 juta), W.P. Labuan (-RM282.0 juta), Perlis (-RM35.7 juta) dan Kelantan (-RM21.8 juta).

Selangor mendominasi import Malaysia dengan sumbangan 27.0 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (24.8%), Johor (21.1%), W.P. Kuala Lumpur (7.7%) dan Kedah (7.0%).

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …