NEGERI SEMBILAN PERLU TAMBAHAN 3,600 GURU, 450 KELAS UNTUK MURID TAHUN SATU – MB

Negeri Sembilan memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 3,600 guru dan 450 bilik bagi menampung 32,364 murid Tahun Satu yang dijangka mendaftar bagi sesi persekolahan 2027.

Selain 16,346 murid berusia tujuh tahun, keperluan tambahan itu juga mengambil kira anggaran 16,019 murid yang akan memulakan Tahun Satu pada usia enam tahun sekiranya ibu bapa mereka memilih untuk menghantar anak bersekolah pada usia lebih awal.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, keperluan sebenar bilik darjah masih dalam proses semakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS). Kawasan luar bandar dijangka tidak menghadapi masalah besar, namun kawasan bandar seperti Seremban dan sebahagian Port Dickson berkemungkinan terkesan termasuk pelaksanaan sekolah dua sesi dan isu kepadatan murid.

Aminuddin berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat mempertimbang permohonan JPNS bagi penyediaan antara 3,000 hingga 6,000 guru tambahan bagi memastikan pelaksanaan cadangan berkenaan berjalan lancar. Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada JPNS atas penerangan dan pembentangan terperinci yang membantu pihak eksekutif memahami implikasi perancangan pendidikan pada masa hadapan.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …