𝐋𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐚 𝐏𝐮𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐓𝐨𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐀𝐰𝐚𝐦

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengingatkan orang ramai bahawa tong sampah awam yang disediakan hanyalah untuk sisa domestik harian dan tidak dibenarkan digunakan untuk membuang:

* Sisa Perniagaan;

* Sisa Bahan Binaan, Sisa Kebun dan Perabot Usang;

* Sisa Elektrik dan Elektronik;

* Sisa Berjadual Seperti Bahan Kimia.

Kesalahan membuang sisa pukal di tong sampah awam boleh dikenakan denda sehingga RM2,000.00 termasuk kesalahan menyelongkar tong sampah. Bagi pelupusan sisa pukal, orang ramai disarankan menggunakan kaedah yang disediakan seperti perkhidmatan tong RoRo atau perkhidmatan kutipan sisa pukal oleh MBKT.

Bagi sewaan tong RoRo dan perkhidmatan kutipan sampah, orang ramai bolehlah berhubung dengan Bahagian Kesihatan dan Kebersihan, Tingkat 20, Menara MBKT atau menghubungi talian 09-612 1539 / 1544 / 1536.

Marilah kita bersama-sama memastikan bandar raya Kuala Terengganu sentiasa bersih dan selesa untuk semua. Elakkan denda, buang sampah dengan kaedah yang betul.

Sumber: Laman Facebook Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …