Pameran “Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa” anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Arkib Negara Malaysia menyorot peranan dan sumbangan besar Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam pembinaan negara bangsa Malaysia.
Pameran ini menjadi medium pendidikan awam untuk menghayati legasi kepimpinan, kebijaksanaan serta semangat perpaduan yang menjadi asas keharmonian masyarakat majmuk negara. Generasi muda khususnya digalakkan hadir bagi mengenali sejarah dan mengambil iktibar daripada perjuangan negarawan terdahulu.
Pameran dibuka kepada orang ramai mulai 1 Februari hingga 29 Mac 2026, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Sumber; Kementerian Perpaduan Negara
#MalaysiaMADANI
#NegaraBangsa
#MADANIBekerja
#RancakkanMADAN



