KESELAMATAN SEMPADAN MARITIM MALAYSIA

🇲🇾Keselamatan Sempadan Maritim Malaysia: Cabaran & Keutuhan 🌊
Malaysia memiliki sempadan maritim yang luas dan kompleks, merangkumi 6,036.7 kilometer garis pesisir pantai, 878 buah pulau, serta 510 batuan dan beting pasir. Keunikan geografi ini menuntut pemantauan berterusan, kecekapan risikan dan tindakan penguatkuasaan yang pantas bagi memastikan keselamatan serta kedaulatan negara sentiasa terpelihara.
💬KENYATAAN YB MENTERI DALAM NEGERI
“Keselamatan sempadan negara, sama ada di darat, laut atau udara, merupakan tanggungjawab bersama. Kerajaan akan terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan melalui pendekatan pintar dan bersepadu bagi melindungi kedaulatan negara serta menjamin keselamatan rakyat.”
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
Menyedari cabaran ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kawalan keselamatan sempadan maritim melalui pendekatan Smart Enforcement, merangkumi penggunaan teknologi moden, risikan bersepadu serta kerjasama strategik antara agensi keselamatan dan rakyat.
Komitmen ini mencerminkan kesungguhan KDN untuk memastikan perairan negara kekal aman, selamat dan berdaulat demi kesejahteraan rakyat serta kestabilan Malaysia secara keseluruhan.

Artikel/Berita Terkini

TARIKH PENTING PELAKSANAAN SISTEM AMARAN AWAL (EWS)

Sistem Amaran Awal (EWS) akan dilaksanakan secara berfasa sebelum beroperasi sepenuhnya. Beberapa peringkat pengujian akan dijalankan bagi memastikan sistem berfungsi …

NADMA PERKASA PROSEDUR OPERASI DAN PENGENDALIAN BENCANA NEGARA

Shah Alam – Pengurusan bencana yang berkesan memerlukan prosedur operasi dan garis panduan yang jelas serta terselaras. Sehubungan itu, Agensi …

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …