DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Sesi melestarikan rakan strategik antara Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang. Pemeterian kerjasama ini menandakan terjalinnya satu ikatan rakan strategik yang kukuh dan kolaborasi mampan dalam usaha memperkukuh kesedaran keselamatan awam serta meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya di negeri Pulau Pinang.
Melalui kerjasama strategik ini, kedua-dua pihak komited untuk bekerjasama secara berterusan dalam menyokong inisiatif pendidikan, advokasi dan pencegahan demi kesejahteraan masyarakat.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang



