GARAJ KERETA DAN LAPAN KENDERAAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran di lokasi.

TUARAN: Sebuah garaj kereta jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Lok Batik, awal pagi Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Mohammad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.46 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Tuaran digerakkan ke lokasi.

Katanya, jentera pertama tiba pada jam 4.56 pagi selepas menempuh jarak kira-kira tujuh kilometer.

“Kebakaran melibatkan sebuah garaj berkeluasan 20×30 kaki dan struktur garaj terbakar 100 peratus.

“Turut musnah dalam kejadian ini ialah enam kenderaan dan dua motosikal yang berada dalam garaj berkenaan,” katanya.

Katanya, api didapati marak dengan cepat berikutan binaan tidak kekal serta bahan mudah terbakar di dalam premis berkenaan.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran dengan dua pancutan sepanjang 200 kaki dan sumber air diperoleh daripada tangki jentera serta bantuan tangki air.

“Operasi terkawal pada jam 5.15 pagi dan anggota kemudian menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca api tersembunyi yang boleh mencetuskan kebakaran semula,” katanya.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.19 pagi selepas kawasan disahkan selamat dan tiada mangsa dilaporkan cedera atau terperangkap dalam insiden ini.

 

 #MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …