SALAH KONSULTASI, MERANA DIRI

Kebanyakan tragedi di dalam kehidupan sebenarnya tidak bermula dengan niat yang salah, tetapi berpunca daripada kesilapan memilih tempat bergantung harap. Keadaan diri yang tertekan, keliru dan rapuh emosi menyebabkan seseorang itu cenderung mencari sesiapa sahaja yang dirasakan mampu memberi kelegaan tanpa menilai kelayakan dan batas kemampuan individu tersebut. Di sinilah bahaya salah konsultasi bermula. Konsultasi bukan sekadar soal kepercayaan atau keselesaan sebaliknya melibatkan tanggungjawab besar terhadap keselamatan, emosi dan masa depan seseorang. Tidak semua orang mempunyai ilmu, kematangan dan etika untuk membimbing orang lain khususnya apabila melibatkan isu sensitif seperti kesihatan mental dan tekanan jiwa. Kesilapan memilih penasihat bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah, malah berpotensi menjerumuskan seseorang ke dalam keadaan yang lebih buruk dan merosakkan diri. Perkara ini jelas terbukti melalui laporan media yang melaporkan sesetengah penasihat atau pemberi konsultasi mengambil kesempatan daripada kelemahan mangsa yang memerlukan pertolongan sehingga terjadinya pelbagai kes rogol dan penderitaan yang sepatutnya boleh dielakkan.

Masalah kemurungan, tekanan emosi dan gangguan mental memerlukan pendekatan profesional yang sistematik dan beretika. Rujukan seharusnya dibuat kepada pakar psikiatri, ahli psikologi atau profesional kesihatan mental di hospital dan institusi bertauliah. Golongan ini mempunyai ilmu, latihan khusus serta pengalaman luas dalam menilai keadaan pesakit dan menentukan rawatan yang sesuai. Nasihat yang salah bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah malah boleh memburukkan keadaan, membuka ruang kepada manipulasi dan menyebabkan penderitaan yang lebih parah serta berpanjangan.

Pada masa yang sama, masyarakat perlu lebih kritikal dan matang dalam menilai seseorang. Kemampuan memberi bantuan tidak boleh diukur hanya berdasarkan latar belakang agama, imej baik, cara percakapan atau gelaran tertentu. Setiap manusia mempunyai fitrah dan kelemahan tersendiri. Kepercayaan yang diberi tanpa pertimbangan rasional boleh membawa padah kepada diri sendiri.

Kesimpulannya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, namun jalan tersebut mesti dipilih dengan bijaksana. Salah konsultasi boleh merana diri dan merosakkan masa depan manakala konsultasi yang betul, tepat dan profesional mampu menyelamatkan nyawa serta memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: Ada Masalah Jiwa, Tapi Keliru Nak Jumpa Pakar Psikiatri Atau Ahli Psikologi? Ini Perbezaannya

https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/pakar-psikiatri-ahli-psikologi/

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …