JANGAN LANGGAR SOP JIKA MAHU TERUS BEROPERASI : MB PERAK

IPOH, 26 Januari 2026 – Kerajaan negeri Perak memberi amaran tegas kepada semua syarikat yang terlibat dalam aktiviti perlombongan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya mahu terus beroperasi tanpa gangguan. YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad berkata, itu termasuklah tiga syarikat perlombongan di daerah Hulu Perak yang dibenarkan kembali beroperasi selepas siasatan pencemaran Sungai Perak selesai.

Menurutnya, penguatkuasaan itu bukan sekadar untuk kepentingan pentadbiran, sebaliknya demi melindungi nyawa serta kesejahteraan rakyat.

“Nasihat saya kepada semua syarikat, apabila sudah diberikan SOP, ikutlah SOP itu sepenuhnya. Jangan ada sedikit pun cubaan untuk mengelak atau melanggar peraturan, walaupun dengan alasan untuk mengurangkan kos operasi. Kerajaan negeri sangat tegas dalam perkara ini. Jika melibatkan aktiviti melombong, terutama yang berkaitan dengan REE (unsur nadir bumi) yang berpotensi mempunyai risiko radioaktif, kesihatan dan nyawa rakyat jauh lebih penting daripada pendapatan hasil perlombongan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Konvensyen Integriti dan Antirasuah Negeri Perak Sejahtera Tahun 2026 dan Majlis Peluncuran Program Keep Malaysia Clean Peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

Sementara itu, beliau menjelaskan, syarikat terlibat telah dibenarkan menyambung semula operasi pada 13 Januari lalu selepas siasatan teknikal dijalankan dan pihak berkuasa berpuas hati dengan pematuhan syarat ditetapkan.

“Tujuan operasi itu dihentikan sebelum ini adalah bagi membolehkan siasatan dijalankan, termasuk punca kejadian air bertukar warna biru serta pelanggaran SOP oleh syarikat terlibat. Apabila jabatan teknikal berpuas hati dengan hasil siasatan dan pematuhan semula SOP, barulah kebenaran operasi diberikan,” jelasnya.

Sumber : Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

WANITA CEKAL JADI MALIM GUNUNG

KUALA TERENGGANU: Hujan, laluan licin, pacat, keletihan malah berdepan kepala air dan gajah bukan alasan bagi dua malim gunung wanita …

KENALI MALAYSIA KITA!

Malaysia bukan sekadar tanah tempat kita berpijak, tetapi penuh dengan sejarah, simbol dan identiti yang membentuk negara kita hari ini …

PROSES MEMBAWA KELUAR FAIL DARI PEJABAT SEMASA TEMPOH HARI BEKERJA HIBRID (HBH)

Pengurusan dan kawalan pergerakan fail merupakan elemen penting dalam memastikan keselamatan, kerahsiaan dan integriti rekod kerajaan sentiasa terpelihara, khususnya semasa …