Microsleep di pejabat sering berlaku apabila otak bosan (monotonous task), bilik terlalu sejuk/panas, atau “Carb Coma” lepas makan nasi berlauk penuh.
Bagi melawan “microsleep” ini daripada berlaku. Kita perlu mengamalkan beberapa Teknik agar badan dan otak sentiasa segar dan sihat.
- Teknik “Sunlight Reset”
Bangun, pergi ke tingkap atau keluar pejabat sekejap. Biar mata terkena cahaya matahari terang selama 5 minit. Cahaya hentikan hormon tidur (melatonin).
- Ubah Suhu Badan (Cold Splash)
Pergi tandas, basuh muka dan tangan sampai siku dengan air sejuk. Rasa sejuk mengejutkan sistem saraf.
- Senaman “Desk Stretch”
Jangan duduk diam. Berdiri, regangkan tangan ke atas, pusingkan pinggang. Alirkan darah yang beku di kaki naik ke otak.
- Borak Dengan Rakan Sekerja
Otak akan “bangun” bila perlu memproses percakapan. Pergi meja kawan, borak 2 minit pasal kerja atau makan-makan.
- Kunyah Sesuatu (Crunchy)
Bukan gula-gula manis (nanti lagi mengantuk). Cari snek rangup (epal/kacang) atau gula getah. Pergerakan rahang membantu mengalirkan darah ke kepala.
Sumber: Public Health Malaysia



