JENIS BERAS & KESAN KESIHATAN

MENGANTUK, CEPAT LAPAR LEPAS MAKAN NASI

Ada orang makan nasi lepas tu mengantuk, cepat lapar, rasa bersalah.

Padahal bukan “nasi” yang buat kita kalah. Selalunya yang buat kita tewas ialah pilihan jenis beras dan portion yang tak sedar-sedar makin besar.

Beras bukan semua sama.

Yang beza ialah serat, jenis kanji, dan tahap “melekit” bila masak. Lagi melekit, selalunya lagi mudah bagi lonjakan gula, lagi cepat lapar semula.

Kalau anda sedang cuba kawal gula, pilihan yang lebih selamat biasanya basmati, parboiled, atau beras perang. sebab ia cenderung lebih perlahan naikkan gula berbanding beras yang sangat lembut dan melekit.

Kalau anda nak kenyang dan lawas, beras yang ada serat lebih tinggi macam beras perang memang banyak bantu. Tapi satu perkara orang selalu lupa, nasi paling “baik” pun akan jadi berat bila lauk kita manis, berlemak, atau minuman sekali bergula.

Untuk turun berat, fokus utama masih sama.

Suku pinggan nasi, tambah protein, tambah sayur. Itu kombinasi yang buat badan rasa cukup, bukan sekadar tukar jenama beras.

Kalau anda ada diabetes, prediabetes, atau sedang jaga berat badan dengan serius, berbincanglah dengan doktor atau pegawai dietetik di klinik. Kadang-kadang ubah yang kecil macam jenis beras dan portion, boleh bagi kesan yang besar pada tenaga, lapar, dan bacaan gula harian.

 

**Sumber Public Health Malaysia

Artikel/Berita Terkini

SATU KLIK BOLEH MEMBAWA PADAH

Warga emas merupakan antara golongan yang paling kerap menjadi sasaran penipuan dalam talian. Oleh itu, marilah kita bersama-sama membantu melindungi …

NOTIFIKASI HAJI: DEPOSIT KENA CAPAI RM15,000, BERJALAN 10,000 LANGKAH SEHARI – TH

Lembaga Tabung Haji (TH) mula menghantar notifikasi peringatan kepada bakal jemaah haji musim 1448H/2027M dan 1449H/2028M supaya membuat persediaan awal …

ANTARA BENCANA DAN KEMALANGAN

🚨 Bencana atau kemalangan? Ramai masih keliru dengan perbezaannya. Hakikatnya, tidak semua kejadian dikategorikan sebagai bencana. Bencana ialah kejadian yang …