PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

Unit Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang terus komited mendekati masyarakat dan kali ini meneruskan hubungan kerjasama dengan rakan strategik melalui perkongsian ilmu berkaitan keselamatan jalan raya. Pihak UKJR kali inIi telah memenuhi jemputan daripada Toray Penfabric Sdn Bhd berkongsi ilmu mengenai :-

✅ Pematuhan kepada peraturan lalu lintas berdasarkan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.
✅ Membudayakan Penunggangan Selamat:
• Kepentingan merancang perjalanan.
• Kepentingan pemeriksaan dan penyelenggaraan motosikal sebelum memulakan perjalanan (T-CLOCK)
• Pemakaian topi keledar mengikut spesifikasi dan piawaian standard Malaysia.
• Pemakaian Selamat dan kebolehlihatan ketika menunggang dan membonceng motosikal.
• Mengenal pasti zon titik buta kenderaan dan kaedah memotong dengan selamat.
• Kepentingan pengetahuan tentang jarak selamat dan pematuhan had laju.
Sumber : JPJ Negeri Pulau Pinang https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

GAYA HIDUP SIHAT

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Gaya …

OPS SAMSENG JALANAN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Bahagian Siasatan …